pada suatu hari, seekor arnab mentertawakan seekor kura-kura yang bergerak perlahan. si kura-kura itupun menjadi marah. terdorong oleh sifat marahnya itu, dia pun mencabar si arnab untuk berlumba lari. si arnab berguling-guling ketawa. di dalam kepalanya, si kura-kura ini barangkali sudah hilang akal. tetapi si arnab menerima juga cabaran si kura-kura.
lalu mereka pun berlumba lari. tanpa perlu mengerah tenaga, si arnab sudah jauh di depan. sangat jauh sehinggakan jika si arnab berpaling ke belakang, bayang si kura-kura itu pun langsung tidak dapat dilihatnya. merasakan tiada keseronokan untuk menamatkan perlumbaan dengan segera, si arnab mengambil keputusan untuk berehat seketika di bawah sepohon pokok yang rendang tidak berapa jauh dari garisan penamat. tidak lama kemudian, si arnab itu terus lena sambil bersandar di perdu pokok.
berjam-jam kemudian barulah kelihatan si kura-kura itu. dengkuran si arnab bagaikan pukulan gendang semangat ke telinga si kura-kura. garisan penamat hanya beberapa meter di hadapan. sejam kemudian, si kura-kura bersorak riang. si arnab yang terjaga dek sorakan itu bingkas bangun. dengan pantas si arnab meluru ke garisan penamat tetapi ketika itu, si kura-kura sudahpun menari keriangan.Arnab berasa menyesal sungguh kerana kekalahan tersebut.
moral cerita ini :
1. kalau kita bekerja lebih cepat berbanding orang lain, kita akan cepat penat. penat menunggu orang lain.
2. tidak ada salah untuk kerja perlahan-perlahan. lambat laun siap juga.
3. jangan tidur semasa bekerja. sudah siap kerja baru boleh tidur.
4. tidak baik ketawakan orang. kerana orang yang kita ketawakan boleh ketawakan kita balik.
5. jangan percaya apa yang kita baca atau dengar. paling jauh kura-kura akan bergerak dalam masa satu hari hanyalah 40 meter sahaja.
No comments:
Post a Comment